Sambal Bilis Tempe

Sambal Bilis Tempe

Bahan-bahan :

    • Bahan-bahan A:
      • 300g ikan bilis (**boleh kurangkan ikan bilis kepada 200g untuk salutan lebih pedas)
      • 1 keping tempe
      • 6 biji bawang merah kecil
      • 1 sudu kecil garam
      • 1-2 sudu besar tepung beras
      • 2 mangkuk minyak masak
    • Bahan-bahan B:
      • 1 senduk minyak masak
      • 25-30 tangkai cili kering
      • 2 sudu besar gula
      • 1 kiub pati ikan bilis
      • ATAU boleh ganti perasa
      • Sedikit garam (jika suka)

Cara-cara :

Cara-cara untuk bawang goreng:

        1. Gaulkan sedikit garam dengan hirisan nipis bawang merah kecil.
        2. Perap dalam anggaran lebih kurang ½ jam.
        3. Selepas perap, perah dan toskan jus bawang.
        4. Gaul bawang merah kecil dengan tepung beras sehingga bersalut sekata.
        5. Goreng hirisan bawang dengan api yang sederhana dan kerapkan kacau sehingga keperangan.


Cara-cara untuk sambal garing bilis tempe:

          1. Panaskan minyak dan goreng hirisan tempe dengan api yang sederhana. Kerapkan kacau tempe sehingga garing.
          2. Goreng pula ikan bilis sehingga keperangan.
          3. Masukkan sedikit cuka atau jus limau nipis kedalam ikan bilis yang sedang digoreng sebelum diangkat dan ditos minyak.
          4. Goreng cili kering sehingga keras dan kelihatan rangup.
          5. Kisar halus cili kering goreng dengan gula dan kiub pati ikan bilis atau serbuk perasa.
          6. Panaskan minyak, goreng bahan kisar dan masukkan gula. Goreng sekejap lalu tutup api.
          7. Masukkan ikan bilis, tempe dan bawang goreng. Gaul kesemuanya sehingga sekata.
          8. Tambah sedikit garam jika perlu.
          9. Kemudian, sambal garing bilis tempe siap untuk dihidang bersama nasi putih panas, roti serta bubur ataupun siap untuk disimpan dalam balang kedap udara.